Free Website Hosting

Fesyen

  Fesyen..Fesyen dan fesyen. Semua sedia maklum bahawa fesyen adalah perkara yang golongan wanita amat sukai. Fesyen dikaitkan dengan kecantikan. Tak hairanlah butik-butik tumbuh bak cendawan selepas hujan. Antara yang menjadi tumpuan....emm....tudung atau 'brawl'. Tudung memang menjadi semacam kegilaan kaum wanita.
Pemakaian tidak sesuai(sekadar hiasan)
   Pujian harus diberikan kepada wanita-wanita di luar sana yang memakai tudung sebagai memenuhi tuntutan agama. Pemakaian tudung dengan sempurna mestilah diberian perhatian. Malah ada segelintir wanita lebih selesa mengenakan hijab atau purdah. Keprihatinan, kebertanggungjawapan dan kesedaran seperti itu amatlah diperlukan di saat-saat fesyen barat yang makin mendapat tempat di hati golongan wanita. Selain memenuhi tuntutan agama.

AKSESORI

Beg tangan, kasut, dan sebagainya lagi dilihat satu keperluan bagi wanita. Untuk melengkapkan personaliti dan gaya. Taraf hidup yang semakin meningkat di kalangan para wanita, memungkinkan untuk mereka bergaya dengan aksesori yang mahal-mahal dan cantik. Penggayaan seperti ini sudah menjadi suatu kelaziman dan ramai wanita yang sanggup berhabisan untuk aksesori. Ini ditambah dengan gaya-gaya terkini yang menambat perhatian golongan wanita. Persaingan sesama wanita pun adakalanya wujud. Jika dahulu barang kemas (emas) menjadi suatu kelaziman, sekarang ini ianya sudah digantikan dgn aksesori-aksesori seperti beg tangan, kasut, kacamata, jam tangan dan sebagainya lagi.