Free Website Hosting

Wanita dan Internet

Sekarang ini semakin ramai wanita yang menjadi pengguna internet. Selain digunakan dalam kerja dan tugas seharian, para pelajar juga menggunakan perkhidmatan ini untuk mencari maklumat dan sebagai alat bantu pengajian. Menurut kajian wanita gemar melayari laman-laman web sosial dan juga Blog. Laman facebook,twitter, friendster menjadi kegemaran selain blog-blog peribadi dan blog-blog menjual barangan wanita. Laman blog berunsurkan butik yang menjual pakaian-pakaian wanita menjadi tumpuan. Ramai juga wanita yang mempunyai laman blog peribadi sendiri. Kegilaan wanita terutama para pelajar untuk mempunyai blog sendiri semakin bertambah dari sehari ke sehari. Selain itu penggunaan blog untuk perniagaan juga semakin bertambah di kalangan wanita.

Facabook, Tagged, Myspace..dan sebagainya lagi, adalah antara web jaringan sosial yg mnjadi kegemaran wanita-wanita melayu. Penggunaan Facebook sbg satu cara utk berhubung dgn rakan-rakan dan juga keluarga menjadikan facebook semakin popular di kalangan..khususnya wanita. Tetapi wujud pula beberapa isu yang penting utk dibahaskan di sini. Antaranya isu aurat yang sering diperkatakan. Foto-foto yang di'upload' ke profile facebook, adakalanya memaparkan foto-foto yang tidak wajar dipertontonkan. Terkadang mungkin kita terlupa bahawa profil Facebook kita ditonton oleh ramai pelayar-pelayar Facebook. Justeru wajah-wajah foto yang mendedahkan aurat, seperti tidak bertudung amatlah dikesali.
Ini belum lagi menyentuh tentang foto-foto yang agak panas atau yang tidak hanya sekadar menampakkan rambut. Malah ada yang memaparkan foto-foto berpakaian baju T dan berseluar pendek.
Gaya bahasa yang digunakan di 'Wall' Facebook juga amat penting dijaga. Pos-pos ke'Wall' dengan perkataan-perkataan yang tidak elok dan manis patut dihindarkan. Ini semua dalah cerminan wajah dan identiti WANITA MELAYU yang patut di pelihara.