WANITA MELAYU














Assalammualaikum.
Terima kasih kerana sudi menjengah ke laman blog wanita melayu kini. Saya berharap anda dan saya dapat sesuatu yang bermanafaat dari blog ini. Tujuan dan tajuk blog begitulah juga nama blog ini mungkin mengundang perhatian terutamanya sang kumbang dan tidak kurang juga si mawar. Suka saya menjelaskan terlebih dahulu di sini bahawa saya hanyalah memberikan pandangan saya di blog ini. Anda sebagai pembaca blog ini bebas untuk mempertimbangkan dan menilai apa yang terkandung di sini.
Semakin pantas masa berlalu begitulah jualah dunia dan segala isi kandungannya. Dunia berputar, masa beredar..dan manusia juga berubah..perubahan manusia adalah sesuatu yang amat subjektif dan menarik untuk direnung dan difikirkan. Justeru saya cuba lebih menjuruskan topik dan perbincangan ini kepada golongan wanita. Namun bukanlah hasrat saya untuk memberikan justifikasi atau penilaian yang muktamad. Apa yang saya nukilkan adalah refleksi daripada pandangan saya yang saya ingin sangat kongsikan bersama-sama anda.

WANITA MELAYU JUAL MAHAL?

Benarkah begitu? Adakah ianya tepat atau sekurang-kurangnya hampir tepat. Hmm...mugkin ada benar di sebalik tidak benarnya.....sebelum itu...para wanita khusunya pasti merasa tak senang duduk dengan pernyataan ini...Ya.Sudah tentu anda golongan wanita tidak berasa selesa, tetapi sebelum itu...cuba renungkan sejenak....mungkin ada kebenarannya...ok lah begini...kita mulakan dengan sosial wanita melayu terlebih dahulu..kita singkap sejenak bagaimana kehidupan sosial wanita dahulu dan kini. Sacara jujur saya tidaklah arif untuk memperkatakan tentang kehidupan wanita dahulu. Tetapi berdasarkan pembacaan dan penceritaan daripada orang yang lebih tua...memang wujud dua keadaan yang amat berbeza...
Sesiapapun tak boleh menafikan tentang perbezaan sosial dua era; dahulu dan sekarang. Wanita dahulu lebih agak tertutup dan agak terbatas pergaulannya berbanding khususnya remaja sekarang. Wanita dulu2 terkenal dengan sifat malu dan segannya....wanita sekarang...ehem..ehem...( nilailah sendiri..). Masa berubah, begitulah juga wanita kini. Bekerjaya, berwang, memandu kereta mewah, memiliki perniagaan besar, bergaya, bebas pergi ke sana ke mari. Wah..hebat...wanita sekarang...malah ada yang cuba untuk manyamatarafkan wanita dan lelaki daripada segi kemampuan dan hak. Wanita kini menjadi pesaing kepad golongan lelaki seperti saya :). Tak dinafikan wanita sekarang ada yang lebih hebat daripada sesetengah golongan lelaki...lebih kehadapan ..contohnya dalam bidang perniagaan, pendidikan, dan profesional.


Tapi dari segi sosial wanita skrg ni kadang2 susah nk dihampiri..entahlah...samada mereka ni sombong, hidung tinggi atau segan/malu.
Erm...kenapa ya? Wanita melayu sekarang ini begitu cepat berubah? Adakah disebabkan kejutan budaya? Berubah dr segi peribadi yang jelas dan ketara. Saya rasa ramai lelaki di luar sana menyedari akan kelainan ini.


KENAPA LAKI X KAWIN2?
for gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen...

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.


Di Mana Wanita Melayu Terakhir

Di saat dan di kala ini, semakin ramai wanita yg menetap dan tinggal di bandar2 seperti Kuala Lumpur. agak berbeza dgn suasana dahulu di mana golongan wanita tinggal di kampung2 dan tidak terlibat dgn aktiviti2 sosial. Golongan wanita kini agak bebas untuk bergerak ke sanan dan ke sini, menunggang motosikal, memandu kereta dan bersiar-siar. Tidak ada halangan kepad mereka seperti mana dulu, wanita di zaman ini bebas bergerak dan beraktiviti. Namun di kala itu juga, semakin lama semakin hilang sedikit demi sedikit sifat wanita Melayu ( walaupun tidak semua). Tetapi tidak mengejutkan sekiranya wanita kini semakin berani dari segi berpakaian mahupun tingkahlaku. Ada yang sudah seolah-olah hilang kejatian sebagai wanita melayu dengan hidup bersandarkan gaya hidup orang2 barat. Jumlah mereka ini bukanlah sedikit, malahan semakin lama semakin meningkat. Apa yang dikhuatiri gaya hidup ini boleh mengundang kepada hilangnya nilai kesopanan dan kesusilaan yang amat disanjung tinggi dan dijagai oleh wanita melayu dahulukala.
Gelaran seperti dara pinggitan sudah semakin hilang dan tenggelam. Wanita melayu semakin lama seolah-olah semakin diresapi dgn keadaan sekitar yang moden dan global. Ramai yang tidak bersetuju dgn pernyataan seperti ini atas alasan masih ramai yang baik budi dan pekerti di luar sana. Malah pasti ramai juga yg mungkin mencebik dengan pernyaataan ini terutamanya golongan wanita melayu. Namun tidak boleh dinafikan dan tidak boleh disangkal bahawa perubahan sosial dan budaya hidup wanita melayu semakin berubah. Berubah selari dgn peredaran zaman. Di kala ini lah juga satu ungkapan yang sangat menarik tiba2 muncul. Ungkapan WANITA MELAYU TERAKHIR walaupun juga adalah dr tajuk sebuah filem tapi kdgkala menjadi lebih dari itu. Ungkapan itu mnjadi satu ungkapan yang menarik jika diperhatikan dari sudut makna disebalik ungkapan itu. Maka tidak hairanlah kiranya, golongan lelaki memandang serius dan berat pada ungkapan itu, seolah-olah mmbawa makna yang besar dalam hidup dan fikiran mereka.
WANITA MELAYU TERAKHIR juga bolehlah dianggap seperti sebuah sindiran halus kepada golongan wanita melayu kini yang telah mengalami evolusi sosial yang agak besar. Pada golongan lelaki WANITA MELAYU KINI mungkin juga menjadi suatu buruan dalam mncari teman hidup mereka. Walaupun ianya agak subjektif, wanita melayu yang mempunyai ciri-ciri sebagai WANITA MELAYU TERAKHIR amatlah berharga dan bernilai tinggi. Kerana wanita seperti itu, mempunyai ciri-ciri kewanitaan melayu asli yang terkenal suatu ketika dahulu tetapi agak semakin hilang di telan zaman.

Wanita Vs Lelaki ( Sama Rata )?


Wanita sekarang ini banyk yg suka mmbandingkan antara mereka dan kaum lelaki. Hmm...memang kaum wanita sekarang ini suka untuk bersaing. Bukan hanya sesama mereka tetapi juga dengan lelaki. Apa yang lelaki boleh buat mreka pun boleh :). Tetapi kadangkala apa yang mereka fikirkan itu ada juga salahnya. Wanita walau sehebat manapun adalah makhluk yang diciptakan Allah punyai kelemahan yang ketara, justeru tak perlulah untuk bersaing dan mempertikaikan hak mereka dengan lelaki. Adakalanya persoalan yang diajukan atau pertikaian itu adalah membabitkan perkara yang bersabit hukum agama. Janganlah dikuasai emosi, sehingga anda terlajak untuk mempertikaikan hukum Allah.


Ingin ditegaskan di sini bahawa blog ini bukanlah bertujuan untuk menghentam ataupun memburuk-burukkan golongan wanita. Pihak blog wanita-melayu-kini sedar bahawa wanita melayu adalah golongan yang wajar untuk dihormati. Bahkan masih ramai wanita-wanita melayu yang baik budi dan sikap di luar sana. Namun kami hanyalah menyingkap isi hati golongan lelaki. Harapan kami anda akan mendapat manfaat bersama. Kami ingin meminta maaf sekiranya isi kandungan blog ini menyinggung perasaan anda.




0 comments:

Post a Comment